Rabu, 28 September 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.(KPWKM) berjalan dengan meriahnya bertempat di Restoran Seri Melayu, Jln Conlay pada 26 September 2011. Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi dipersembahkan dengan nyanyian karaoke oleh staf-staf dari KPWKM, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Isnin, 19 September 2011

BENGKEL KEKELUARGAAN ANJURAN APPLIED SCHOLASTICS INSTITUTE DAN LPPKN

Applied Scholastics Institute dengan kerjasamana Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengadakan Bengkel Kekeluargaan bertajuk "How to Have Happy and Productive Children Who Love and Respect You"

LPPKN amat mengalu-alukan penyertaan dan penglibatan peserta daripada Jabatan tuan/puan dalam bengkel ini seperti ketetapan berikut :

Khamis, 8 September 2011

Modul Pendidikan Demografi

PENGENALAN

Demografi adalah satu bidang pengajian mengenai penduduk yang boleh dilihat dari perspektif makro atau mikro. Perubahan kepada penduduk (bertambah atau kurangnya penduduk) disebabkan oleh tiga faktor iaitu kelahiran, kematian dan migrasi dianggap sebagai faktor asas dalam demografi. Bengkel Modul Pendidikan Demografi Asas mula diperkenalkan pada tahun 2006.Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memberi pengetahuan dan latihan asas mengenai bidang demografi serta melengkapkan para peserta dengan kefahaman dan kemahiran menggunakan maklumat demografi dalam perancangan pembangunan sosio-ekonomi. Pakej modul ini terdiri daripada empat unit iaitu pengenalan kepada kajian kependudukan, istilah dan ukuran demografi, analisis situasi demografi dan latihan amal. Sesi latihan modul ini dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dan terlatih.Bengkel ini bersesuaian untuk pegawai-pegawai yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sektoral, penyelidik, pelajar, dan individu yang berminat. Bayaran penyertaan bengkel akan dikenakan berdasarkan fi dan caj LPPKN.    


HUBUNGI KAMI

Urusetia,
Bengkel Pendidikan Demografi Asas,
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara,
Bangunan LPPKN, 12B, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

TEL     :     +603-26937555

Rabu, 7 September 2011

PERLANTIKAN PENGERUSI BARU LPPKN KE-8

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melantik Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar sebagai Pengerusi baru Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkuatkuasa 1 Mac 2011 hingga 28 Februari 2013. Beliau merupakan Pengerusi LPPKN yang ke-8, menggantikan Y.Bhg. Dato’ Dr. Alex Mathews yang telah tamat tempoh pada 28 Februari 2011. Perlantikan beliau berkuatkuasa 1 Mac 2011.Sumbangan dan pengalaman Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar yang cemerlang kepada masyarakat dan negara serta beliau merupakan mantan Menteri yang bertanggungjawab ke atas LPPKN (1990 – 1995) diibarat sireh pulang ke gagang.Berkelulusan dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan Nutrisi dan Komuniti dari New York, Amerika Syarikat, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar, 68 mula berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Peneroka Felda (Settler Development Officer), Kuala Lumpur pada tahun 1966. 

Beliau seterusnya menjadi Pensyarah (Profesor Madya) di Universiti Pertanian Malaysia (1972), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1982), Menteri Perusahaan Awam (1987) dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990).Perlantikan Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar ini akan dapat menggerakkan usaha-usaha advokasi bagi perspektif keluarga selaras dengan Dasar Keluarga Negara apabila siri “Bual Bicara DKN” diadakan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak swasta.

PERASMIAN KLINIK NUR SEJAHTERA KUCHING, SARAWAK


Y.B. Tuan Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Klinik Nur Sejahtera LPPKN Kuching, Sarawak. Perasmian telah berlangsung pada 5 April 2011 bertempat di Wisma Polarwood Satok, Kuching, Sarawak.
Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah pengurusan perancang keluarga, pengurusan saringan kesejahteraan, permohonan subsidi mamogram dan lain-lain lagi.

Maklumat lanjut, sila hubungi :
Klinik Nur Sejahtera Kuching
Tingkat Bawah, Lot 387, Sublot 16,
Seksyen 5, Wisma Polarwood,
Jalan Satok,
93400 Kuching
Sarawak.

Selasa, 6 September 2011

KURSUS PERANCANG KELUARGA KEBANGSAAN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara akan menganjurkan Kursus Perancang Keluarga Kebangsaan Siri 1 & Siri 2. Kursus ini terbuka kepada pegawai perubatan dan paramedik dari KKM, LPPKN, FRHAM dan hospital swasta.

Isnin, 5 September 2011

Segalanya bermula dengan IUI


MENCERITAKAN  tentang bagaimana pasangan itu boleh mendapat anak kembar empat, suami kepada Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, Dr. Hazli Zakaria berkata, ia bermula dengan mereka mendapatkan khidmat perubatan reproduktif di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
"Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama, Eimann Arrazi, pada 2004 sewaktu isteri saya sedang belajar di United Kingdom.

Pencapaian LPPKN dapat pengiktirafan dunia


LPPKN menerima pengiktirafan yang pertama untuk negara bagi kategori institusi “United Nations Fund for Population Activities (UNFPA), khusus bagi menjalankan aktiviti berkaitan pembangunan dan kependudukan semua negara di bawah PBB.

Anugerah berprestij itu disampaikan Timbalan Setiausaha Agung PBB, Dr Asha-Rose Migiro kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada majlis yang berlangsung di bangunan induk badan dunia itu. Shahrizat menerima pingat, sijil dan wang AS$12,500 (RM43,750).Selain LPPKN, Comite National de Population Algeria turut dipilih untuk memenangi anugerah kategori sama pada majlis itu.

Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN


LPPKN mengadakan kursus pembangunan keluarga secara bersiri semenjak tahun 2002. Pada tahun 2006, Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga telah diberi penjenamaan baru (repackaging and rebranding) iaitu Kursus "Ilmu Keluarga@LPPKN". Kursus ini kemudiannya diadakan sebulan sekali secara bulanan iaitu sebanyak 11 kali setahun di LPPKN bagi mempromosikan fungsi LPPKN kepada masyarakat.