Rabu, 24 Ogos 2011

Konsep Utamakan Keluarga

LATAR BELAKANG KONSEP UTAMAKAN KELUARGA

Program 'Utamakan Keluarga : Semakin Hari Semakin Sayang'  telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 31 Julai 2002.

10 PRINSIP UTAMAKAN KELUARGA
1.KASIH SAYANG
Menzahirkan kasih sayang dan memahami keperluan emosi yang tidak berbelah bahagi.
2.CERIA BERSAMA KELUARGA
Meluangkan masa indah bersama dan bijak menyemarakkan kemesraan.
3.KOMUNIKASI EFEKTIF
Berinteraksi dan berkomunikasi dengan aktif dan efektif.
4.NILAI KEKELUARGAAN
Memupuk dan membudayakan nilai-nilai murni keluarga
5.KEIBUBAPAAN CEMERLANG
Memikul tanggungjawab bersama dan menjadi contoh teladan yang baik.
6.IMBANGI KERJAYA DAN KELUARGA
Mengimbangi perhatian dan tumpuan terhadap kerjaya dan keluarga.
7.KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Menyediakan kediaman dan persekitaran selesa, selamat serta mengamalkan cara gaya hidup sihat.
8.EKONOMI KELUARGA
Merancang dan mengurus sumber dengan bijak bagi memenuhi keperluan sepanjang hayat.
9.PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN
Mendapatkan pendidikan dan meningkatkan kemahiran sepanjang hayat.
10.DASAR MESRA KELUARGA

Mengutamakan keluarga dalam perancangan program dan perkhidmatan untuk keluarga.
Melalui program ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan sahaja menghebahkan mesej ini melalui kempen media malah mesej ini disusuli dengan sebanyak 83 Program "Utamakan Keluarga : Semakin Hari Semakin Sayang" di peringkat akar umbi melalui pemimpin-peminpin wanita dan NGO pada tahun 2003.    
       
Melalui program tersebut, seramai 23,477 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga, pemimpin masyarakat, Jabatan Kerajaan dan NGO telah terlibat dalam pengisian program yang melibatkan ceramah kekeluargaan, aktiviti sukan keluarga, saringan kesihatan dan aktiviti gotong-royong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan