Khamis, 1 Mac 2012

Baucer Subsidi Mamogram

Tahukah anda yang secara puratanya 9 dari 10 kes kanser payudara dapat dikesan melalui mamogram? Jadi jangan tunggu lagi, segeralah lakukan ujian mamogram sekarang. Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isi rumah melebihi RM5000, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan. Baucer PERCUMA dan SUBSIDI RM50 ini sah sehingga 31 Julai 2012.

Langkah 1 :
Muat turun / Simpan dan cetak baucer ini
Baucer boleh dicetak, disalin sama ada berwarna atau tidak berwarna dan boleh dipindah milik
Baucer ini tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai.

Langkah 2 :
Baca syarat subsidi mamogram di www.lppkn.gov.my

Langkah 3 :
Bagi pemegang baucer PERCUMA : Sila hadir ke Klinik Nur Sejahtera bagi mendapatkan rujukan mamogram ke Pusat Mamogram berdaftar
Bagi pemegang baucer SUBSIDI RM50 : Wanita boleh hadir ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN atau boleh mendaftar terus ke Pusat Mamogram.

Senarai Pusat Mamogram : mamogram.lppkn.gov.my

 



Selasa, 1 November 2011

JAWATAN KOSONG DI LPPKN 2011

Warganegara Malaysia Yang Berkelayakan Dalam Bidang Yang Berkaitan Adalah Dipelawa Untuk Mengisi Kekosongan Jawatan Secara Sambilan Seperti Berikut:

Khamis, 27 Oktober 2011

SARINGAN MAMOGRAM KEPADA WANITA SECARA PERCUMA

LPPKN sekarang melaksanakan saringan mamogram kepada wanita Malaysia yang berisiko tinggi, berumur 35-70 tahun dan berpendapatan RM5,000.00 dan ke bawah secara PERCUMA. LPPKN akan menanggung kos saringan mamogram RM100.00 (Semenanjung) dan RM110.00 (Sabah, Sarawak &Labuan).

Isnin, 24 Oktober 2011

WUJUDKAN PELAN ELAK PERCERAIAN

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan satu pelan diwujudkan bagi mengimbangi pembangunan sosial dan ekonomi demi menangani masalah 'keluarga komuter'.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini bagi mengelakkan berlaku penceraian di kalangan 'keluarga komuter' yang kurang memberi perhatian kepada institusi keluarga kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.

PERASMIAN PUSAT KELUARGA LPPKN BERTAM, PULAU PINANG.


KEPALA BATAS 15 Okt. - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM53.64 juta setahun untuk membantu lebih 21,700 kumpulan sasar di Pulau Pinang melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma).

Isnin, 10 Oktober 2011

SEMINAR PENEMUAN KAJIAN PEKERJA INDONESIA DI BAHAGIAN TAWAU, SABAH

KOTA KINABALU, 29 September 2011 – Y.Bhg Dato’ Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha KPWKM, hari ini telah mengumumkan bahawa peratusan warga asing di Sabah telah meningkat sebanyak 44.7% iaitu daripada 614,824 orang pada tahun 2000 kepada 889,779 orang pada tahun 2010 hasil daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.