Subsidi Mamogram

Tahukah anda yang secara puratanya 9 dari 10 kes kanser payudara dapat dikesan melalui mamogram? Jadi jangan tunggu lagi, segeralah lakukan ujian mamogram sekarang. Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isi rumah melebihi RM5000, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan. Baucer PERCUMA dan SUBSIDI RM50 ini sah sehingga 31 Julai 2012.

Langkah 1 :
Muat turun / Simpan dan cetak baucer ini
Baucer boleh dicetak, disalin sama ada berwarna atau tidak berwarna dan boleh dipindah milik
Baucer ini tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai.

Langkah 2 :
Baca syarat subsidi mamogram di www.lppkn.gov.my

Langkah 3 :
Bagi pemegang baucer PERCUMA : Sila hadir ke Klinik Nur Sejahtera bagi mendapatkan rujukan mamogram ke Pusat Mamogram berdaftar
Bagi pemegang baucer SUBSIDI RM50 : Wanita boleh hadir ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN atau boleh mendaftar terus ke Pusat Mamogram.

Senarai Pusat Mamogram : mamogram.lppkn.gov.my