Isnin, 5 September 2011

Segalanya bermula dengan IUI


MENCERITAKAN  tentang bagaimana pasangan itu boleh mendapat anak kembar empat, suami kepada Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, Dr. Hazli Zakaria berkata, ia bermula dengan mereka mendapatkan khidmat perubatan reproduktif di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
"Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama, Eimann Arrazi, pada 2004 sewaktu isteri saya sedang belajar di United Kingdom.
"Kami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Kali pertama percubaan kaedah tersebut gagal dan doktor telah memaklumkan kami boleh mendapat anak kembar.
"Setelah percubaan pertama gagal, kami mencuba sekali lagi  dan Alhamdulillah selepas tiga minggu kandungan, menerusi pengesanan ultrasound doktor mengesahkan isteri saya mengandung kembar empat." katanya. Dr. Hazli yang merupakan pakar psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) begitu bersedia dengan kehadiran empat kembar yang pasti menggamatkan suasana rumah tangga mereka berdua."
"Memang jenuh jugalah apabila keempat-empat menangis serentak. Namun kami telah bersedia untuk keadaan ini."
"Malah kami juga mendapatkan khidmat dua orang pembantu untuk membantu menjaga anak kembar kami." ujurnya.
 Tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi ketika proses mengandung, Dr. Hazli dan Dr. Jasmina, hanya membelikan barangan bayi selepas kelahiran anak-anak bertuah itu.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan