Isnin, 5 September 2011

Pencapaian LPPKN dapat pengiktirafan dunia


LPPKN menerima pengiktirafan yang pertama untuk negara bagi kategori institusi “United Nations Fund for Population Activities (UNFPA), khusus bagi menjalankan aktiviti berkaitan pembangunan dan kependudukan semua negara di bawah PBB.

Anugerah berprestij itu disampaikan Timbalan Setiausaha Agung PBB, Dr Asha-Rose Migiro kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada majlis yang berlangsung di bangunan induk badan dunia itu. Shahrizat menerima pingat, sijil dan wang AS$12,500 (RM43,750).Selain LPPKN, Comite National de Population Algeria turut dipilih untuk memenangi anugerah kategori sama pada majlis itu.
Dua penerima ialah Dr Hossein Malek Afzail dari Iran dan Dr Allan Rosenfeld dari University Columbia New York, bagi kategori individu.Shahrizat ketika ditemui selepas majlis itu, berkata pengiktirafan itu adalah kemenangan besar kepada negara. “Kementerian dan LPPKN amat terkejut selepas dimaklumkan memenangi anugerah berprestij dunia terhadap usaha berpanjangan yang dijalankan kerajaan bagi pembangunan kemasyarakatan dan kekeluargaan di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan penerimaan anugerah itu, Shahrizat turut menggariskan beberapa usaha yang sudah dan sedang dijalankan LPPKN sejak 1960-an.
Antara usaha berterusan dan sedang dijalankan ialah tumpuan terhadap pelbagai aspek kesihatan reproduktif, pertumbuhan populasi dan pembangunan keluarga. Katanya, LPPKN juga berjaya dalam pelbagai pencapaian termasuk pencegahan penyakit kanser, pembangunan keluarga, pendidikan dan kebajikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan