Rabu, 7 September 2011

PERLANTIKAN PENGERUSI BARU LPPKN KE-8

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melantik Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar sebagai Pengerusi baru Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkuatkuasa 1 Mac 2011 hingga 28 Februari 2013. Beliau merupakan Pengerusi LPPKN yang ke-8, menggantikan Y.Bhg. Dato’ Dr. Alex Mathews yang telah tamat tempoh pada 28 Februari 2011. Perlantikan beliau berkuatkuasa 1 Mac 2011.Sumbangan dan pengalaman Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar yang cemerlang kepada masyarakat dan negara serta beliau merupakan mantan Menteri yang bertanggungjawab ke atas LPPKN (1990 – 1995) diibarat sireh pulang ke gagang.Berkelulusan dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan Nutrisi dan Komuniti dari New York, Amerika Syarikat, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar, 68 mula berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Peneroka Felda (Settler Development Officer), Kuala Lumpur pada tahun 1966. 

Beliau seterusnya menjadi Pensyarah (Profesor Madya) di Universiti Pertanian Malaysia (1972), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1982), Menteri Perusahaan Awam (1987) dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990).Perlantikan Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Napsiah Omar ini akan dapat menggerakkan usaha-usaha advokasi bagi perspektif keluarga selaras dengan Dasar Keluarga Negara apabila siri “Bual Bicara DKN” diadakan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak swasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan