Rabu, 5 Oktober 2011

HARI INOVASI & KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) LPPKN 2011

Inovasi menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja baru, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan Negara.Selaras dengan ini, Lembaga Penduduk Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan Hari Inovasi & Konvensyen KIK LPPKN 2011 pada 5 Oktober 2011 bertempat di Ibu Pejabat Bangunan LPPKN, Tingkat 22.

Tema konvensyen ini ialah “INOVASI PEMACU TRANSFORMASI”.Tujuan utama konvensyen ini diadakan adalah bagi menyemarak aktiviti penambahbaikan penyampaian perkhidmatan serta menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai ( value creaction) serta break-though bagi menjana kegemilangan LPPKN.
Sebanyak 5 kumpulan KIK telah mengambil bahagian iaitu 1 dari peringkat ibu pejabat dan 4 di peringkat negeri. Mereka terdiri dari Kumpulan SISPEK (Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan), Kumpulan X-CELLENT (LPPKN Labuan), Kumpulan GADING (LPPKN Negeri Pahang), Kumpulan SMART (LPPKN Negeri Perlis) dan Kumpulan EKSTERNAL(LPPKN Negeri Terengganu).
Persembahan yang mantap dan gaya penyampaian yang bertenaga ditunjukkan oleh setiap kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini berpeluang merebut 3 Anugerah utama iaitu Anugerah Tempat Pertama, Anugerah Kedua dan Anugerah Ketiga.
Agenda transformasi adalah bertunjangkan kepada 4 tonggak utama Negara iaitu 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menggariskan 4 nilai sebagai asas pelengkapnya iaitu :
• Membudayakan kreativiti dan inovasi
• Mementingkan kepantasan bertindak & membuat keputusan
• Nilai untuk wang ( value for money)
• Nilai Integriti
Anugerah Tempat Pertama dimenangi oleh LPPKN Negeri Perlis dengan tajuk projek “Kesukaran Mengenal pasti Peserta Kursus yang dianjurkan oleh LPPKN Negeri Perlis”. Tempat Kedua dimenangi oleh LPPKN Negeri Pahang dengan tajuk projek “Kesukaran Mengenal pasti Pergerakan Pemamdu Mengikut Jadual” dan Tempat Ketiga pula dimenangi oleh LPPKN Negeri Terengganu dengan tajuk projek “Kesukaran Memberi Khidmat Nasihat Mengenai Penggunaan Alat-alat Perancang Keluarga di Wad.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang kerana memberi komitmen yang tinggi dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan LPPKN yang sedia ada agar menjadi lebih cemerlang, berintegriti dan mampu melonjak daya produktiviti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan