Kajian ini juga mendapati hampir 63% daripada 896 pekerja Indonesia yang ditemubual berhasrat untuk kekal tinggal di negara ini dan 60% daripada mereka berhasrat untuk menjadi warganegara Malaysia. Antara sebab-sebab utama yang diberikan adalah mudah mendapatkan pekerjaan di negara ini, pendapatan yang ditawarkan lebih lumayan dan negara yang aman.
Seminar sehari ini bertujuan untuk membentangkan hasil penemuan Kajian Pekerja Indonesia di Bahagian Tawau yang telah di jalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2010 yang lalu selain bertujuan untuk memahami dan mengetahui isu-isu berkaitan pekerja asing di Sabah dan kesannya terhadap penduduk tempatan di sini. Seminar ini adalah anjuran bersama Bahagian Kependudukan LPPKN dan LPPKN Negeri Sabah.
Seminar ini dibahagikan kepada tiga (3) sesi iaitu Plenari 1, Plenari 2 serta Perbincangan Ahli Panel. Pada sesi Plenari 1, tiga (3) kertas kerja telah dibentang, iaitu Dasar dan strategi pengawalan pekerja asing di Sabah , Dasar dan strategi pengurusan pekerja asing di Sabah dan Pembangunan ekonomi negeri Sabah dan keperluan tenaga kerja.
Plenari 2 telah diisi dengan pembentangan penemuan Kajian Pekerja Indonesia di Bahagian Tawau oleh lima (5) orang pegawai LPPKN. Kajian ini merangkumi perspektif Pekerja Indonesia, penduduk tempatan dan majikan. Seminar diakhiri dengan sesi Perbincangan Ahli Panel yang membincangkan mengenai Pembangunan Sosioekonomi Sabah : Arah Ke Hadapan di mana seramai empat (4) orang ahli panel yang mewakili Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Ahli Lembaga Pengarah LPPKN, Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, dan syarikat swasta yang menggajikan pekerja Indonesia, Ikutmaju Sdn. Bhd terlibat dalam perbincangan tersebut. Cadangan dan input dari seminar ini akan diambil kira dalam penyediaan laporan kajian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan