Isnin, 5 September 2011

Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN


LPPKN mengadakan kursus pembangunan keluarga secara bersiri semenjak tahun 2002. Pada tahun 2006, Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga telah diberi penjenamaan baru (repackaging and rebranding) iaitu Kursus "Ilmu Keluarga@LPPKN". Kursus ini kemudiannya diadakan sebulan sekali secara bulanan iaitu sebanyak 11 kali setahun di LPPKN bagi mempromosikan fungsi LPPKN kepada masyarakat.

Pada tahun 2008, kursus ini telah memfokus kepada tema berasaskan Pakej Modul Pakej KASIH. Ini bertujuan untuk mempromosikan pakej pendidikan keibubapaan mengikut kitaran hidup keluarga serta lebih memfokus kepada komponen keibubapaan mengikut kumpulan sasar yang bersesuaian.

OBJEKTIF KURSUS

a)Menyebarkan pendidikan mengenai pembangunan keluarga agar masyarakat dapat menambah maklumat berkaitan kemahiran keibubapaan, persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga serta pembangunan remaja;
b)Menggalakkan masyarakat mengamalkan sikap dan amalan positif dalam menguruskan hidup berkeluarga;
c)Mempromosikan kesedaran masyarakat bagi meningkatkan kemahiran keibubapaan melalui proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan