Isnin, 24 Oktober 2011

PERASMIAN PUSAT KELUARGA LPPKN BERTAM, PULAU PINANG.


KEPALA BATAS 15 Okt. - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM53.64 juta setahun untuk membantu lebih 21,700 kumpulan sasar di Pulau Pinang melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jumlah yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat Pulau Pinang adalah lebih besar berbanding peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan Pulau Pinang bagi RM100 sahaja setahun kepada warga emas iaitu kira-kira RM8 sebulan. Kalau nak dibandingkan, bantuan yang kita bagi adalah lebih besar tapi mereka (kerajaan Pulau Pinang) bercakap tentang bantuan RM100 di sana sini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bertam di sini, hari ini.

Perasmian pusat berkenaan disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas.
- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan