Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara akan menganjurkan Kursus Perancang Keluarga Kebangsaan Siri 1 & Siri 2. Kursus ini terbuka kepada pegawai perubatan dan paramedik dari KKM, LPPKN, FRHAM dan hospital swasta.
Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota bagi :
i. Melaksanakan kaunseling perancang keluarga secara berkesan;
ii.Mengendalikan isu-isu berkaitan perancang keluarga;
iii.Memberi motivasi berkaitan perancang keluarga;
iv.Melaksanakan prosedur berkaitan penggunaan kaedah perancang keluarga.
Kursus akan diadakan seperti berikut :
Siri 1 : 26-28 September 2011
(Isnin - Rabu)
Tingkat 22, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Siri 2 : 17-19 Oktober 2011
(Isnin - Rabu)
Tingkat 22, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut mengenai kursus ini sila muat turun leaflet kursus dibawah:
Muat turun leaflet kursus dan borang permohonan kursus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan